Artikel

Maybank, MARDI Atur Kerjasama Pacu Inovasi Pertanian Bandar

Menyedari kepentingan pertanian dapat memberi nilai tambah kepada keperluan bandar, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) bersama Maybank kini telah mengatur langkah kesepakatan dalam Memorandum Persefahaman (MoU) untuk memacu pembangunan pertanian bandar.

Langkah itu akan memaparkan perkongsian latihan serta kepakaran terkini antara kedua pihak dalam pertanian bandar. Menerusi aturan mengintergrasikan sistem data dan makluman secara langsung akan membantu industri lebih memahami keperluan pertanian dalam kalangan masyarakat.

Tidak hanya itu, kerjasama ini turut kelak akan membuka peluang projek yang berpotensi melaksanakan pemindahan teknologi pertanian bandar dan aplikasi infrastruktur hijau MARDI kepada Maybank serta masyarakat. Sementara pada sisi Maybank pula, aturan ini akan memberi pendedahan kepada umum untuk turut serta dalam bidang pertanian dan keusahawanan.

Difahamkan pendedahan tersebut akan menyediakan program latihan bimbingan bersama penyelidik bertauliah, diikuti peluang pemahaman berhubung rancangan perniagaan berkaitan pertanian.

Melalui usaha ini, Maybank dan MARDI menyasarkan kerjasama tersebut memabntu masyarkat memacu pembangunan pertanian bandar – dengan memiliki peluang yang lebih besar serta memahami langkah terbaik memelihara keterjaminan makanan pada pasaran negara.