Aktiviti pasaran hartanah pada suku pertama tahun ini dilihat semakin rancak walaupun Indeks Harga Rumah Malausia diperhatikan meningkat sederhana sekitar 2% dalam tempoh tersebut.
Data Kumpulan Juwai IQI ini pada laporan menunjukkan pertumbuhan 3 bulan pertama tahun ini adalah tidak jauh daripada tahap ketika fasa awal pandemik COVID-19 sebelum ini. Namun setakat suku ketiga 2022 lalu, unit rumah berasingan kekal menjadi jenis kediaman yang mahal pada purata RM617,432. Sementara unit rumah berkembar pula sekitar RM669,402, rumah teres pada purata RM418,592 dan kediaman bertingkat sekitar RM342,506.

Secara menyeluruh aliran urus-niaga hartanah dilihat terus meningkat dengan Mac lalu aliran tersebut telah melonjak 40% berbanding Februari bersama perolehan RM18.2 bilion. Rekod ini secara langsung menjadikan ia perolehan urus-niaga hartanah tertinggi dalam tempoh 12 bulan, bersama jumlah urus-niaga naik kepada 33,233 penjualan.
Ekoran aliran yang semakin membrangsangkan ini, Juwai IQI mengunjurkan pertumbuhan harga rumah berpotensi berlaku antara 1.5% hingga 4% pada separuh kedua tahun 2023 kelak.
Pelarasan naik ini disumbang hasil pertumbuhan ekonomi yang stabil, penurunan paras inflasi ke 2.8% serta aliran kewangan isi rumah yang dilihat semakin kukuh – menjadikan permintaan kediaman di Malaysia kekal tersedia.