Artikel

BNM Akan Campur Tangan Dalam Pasaran Forex – Cegah Pergerakan Mata Wang Berlebihan

Dalam usaha mengukuhkan ekonomi negara bagi memastikan nilai ringgit dapat dipaparkan dengan lebih baik – Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan akan laksana campur tangan pada pasaran tukaran mata wang asing (forex) bagi membendung pergerakan mata wang yang berlebihan.

Berdasarkan pemerhatian semasa, didapati pergerakan ringgit sejak akhir ini dilihat keterlaluan. Situasi ini didorong hasil pasaran kewangan semasa.Walaupun aliran naik-turun ringgit kekal konsisten – tetapi tahap ketidaktentuan nilainya dilihat lebih tinggi.

Menurut Penolong Gabenor BNM, Adnan Zaylani Mohamad Zahid meskipun nilai ringgit terus terkesan dengan perkembangan pasaran global namun jangkaan pertumbuhan ekonomi negara kekal sekitar aras 4%-5% pada tahun ini. Maka BNM melihat langkah campur tangan ini dapat membantu ringgit meraih nilai yang lebih baik.

Kesan tersebut turut disokong berlandaskan permerhatian bersama Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC) – diakui aliran prestasi ringgit akan diterus dipacu oleh persekitaran luar berikutan kadar faedah yang lebih tinggi di kebanyakan ekonomi utama.

Selain faktor tersebut, tindakan syarikat korporat dan pengeksport yang mengekalkan hasil lebih banyak dalam pertukaran asing – dilihat turut mendorong kepada ketidakseimbangan ringgit dalam aliran pasaran.

Maka untuk melandaikan risiko sedemikian – syarikat korporat dan pengeksport digalakkan mengambil peluang manfaatkan kadar pertukaran dengan mengoptimumkan baki mata wang asing mereka. Usaha ini secara berfasa akan membantu menyeimbangkan semula perkembangan mata wang di pasaran.