Syarikat penerbangan di bawah kumpulan Malaysia Aviation Group (MAG) kini memaklumkan menerima kelulusan kawal-selia oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk membolehkan ketersambungan penawaran Wi-Fi percuma dapat dilaksana mulai 1 Julai 2023 ini kepada para pengguna.
Ini bererti penumpang boleh nikmati kemudahan untuk kekal menghubungkan perantik pintar mereka ketika menaiki pesawat dengan membenarkan fungsi Airplane Mode pada peranti mudah alih (PED) masing-masing.
Melalui usaha ini, penumpang bagi Malaysia Airlines, Firefly dan MASwings akan menerima pengalaman penerbangan yang menarik – tanpa perlu mematikan peranti pintar mereka semasa berlepas atau mendarat seperti keperluan peraturan pesawat sebelum ini.
Pada masa yang MAG memaklumkan akan laksana strategi secara aktif menambah bilangan pesawat yang dilengkapi WiFi untuk kekal menyediakan pengalaman dan penerbangan yang lebih baik kepada pengguna dari semasa ke semasa.