Artikel

OPR Mungkin Naik – Dijangka Paras 3.25%

Setelah Bank Negara Malaysia (BNM) melaras naikparas Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) kepada 3.00% pada Mei lalu – dijangka kadar tersebut akan alami peningkatan kepada 3.25% pada pengumuman awal minggu pertama Julai ini. 

Jangkaan Bank Islam pada sorotan kewangan negara untuk separuh kedua tahun 2023 ini mengambilkira susulan kadar pengangguran negara dilihat lebih rendah, diikuti rangsangan ekonomi semasa yang stabil ketika ini. Tambahan penurunan paras inflasi kepada 2.8% secara langsung akan mendorong pelarasan tersebut akan jadi lebih progresit.

Sementara berhubung nilai mata wang ringgit pula – pihaknya menyasarkan kadar ringgit akan kekal diparas RM4.28 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir tahun ini. Sasaran optimis itu didorong berdasarkan prestasi domestik negara yang dijangka kekal stabil dan berdaya tahan. 

Malah pembukaan semula China juga diperhatikan turut akan memberi sentimen yang positif pada aliran ekonomi negara menjelang suku ketiga 2023 ini.