Setakat Jun 2023, aliran penggunaan Rapid Rail melibatkan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT), Monorel dan Transit Aliran Massa (MRT) Kajang dan MRT Putrajaya – ternyata memaparkan peningkatan lebih 21% kepada 746,000 penumpang bagi setiap hari bekerja.
Pertambahan kapasiti pengguna ini menurut Kementerian Pengangkutan (MOT) didorong hasil peningkatan pengguna pada laluan MRT2 Putrajaya yang telah naik 305% melibatkan laluan dari stesen Kwasa Damansara ke stesen Kampung Batu untuk laluan Fasa 1, sementara Fasa 2 melibat 5 laluan dari MRT Putrajaya ke Ayer 8.
Menurut Kementerian Pengangkutan (MOT) peningkatan ini akan terus rancak apabila menjangkakan menjelang suku tahun keempat 2023 – bilangan penumpang ini akan terus bertambah susulan kemasukan tren baharu pada Laluan Kelana Jaya dan pembaikan di Laluan Ampang.
Selain jaminan lonjakan itu, MOT sebelum ini turut menyasarkan kekerapan tren di negara akan terus lebih cekap mencapai kekerapan 3 minit menjelang suku ketiga 2023 kelak.