Untuk meningkatkan kuasa kelestarian dalam kalangan pengguna khusus tatkala perubahan cuaca ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi anak syarikat milik penuhnya – GSPARX Sdn Bhd kini menawarkan pakej mampu milik pemasangan solar photovoltaic (PV) kediaman untuk para pengguna dengan penjimatan sehingga RM4,999 bermula 26 Jun sehingga 31 Julai 2023 ini.
Penawaran terhad kepada 150 pelanggan ini dimaklumkan akan memberi penjimatan kepada pengguna dengan tanpa wang pendahuluan serta penawaran pelan ansuran 36 bulan tanpa faedah melalui pembayaran kad kredit. Tidak hanya itu penawaran pembayaran balik sehingga tempoh 10 tahun turut disertakan.
Pada pendekatan pembiayaan itu, TNB menjangkakan langkah ini akan membantu pengguna untuk memulakan sumbangan kelestarian kepada persekitaran semasa. Tambahan pemasangan solar kediaman pada pakej ini turut menerima manfaat penyelenggaraan selama 2 tahun dan insurans solar selama 1 tahun.
Adanya kelebihan ini, ia dapat membantu pengguna memaksimumkan penjimatan tenaga mereka secara berperingkat dalam jangka masa panjang.