Sejak 2014 sehingga Mei 2023, seramai 31,140 belia yang berusia 35 tahun dan ke bawah – dimaklumkan telah didaftarkan berstatus muflis pada rekod Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) pada pasaran negara.
Makluman Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh ini adalah maklum-balas kepada pertanyaan berhubung jumlah belia yang dikalsifikasikan bankrap pada ketika ini.
Susulan mengakui jumlah ini membimbangkan, sidang Dewan Negara hari ini diperincikan terdapat beberapa inisiatif telah dilaksanakan oleh pentadbiran untuk mengawal jumlah tersebut. Antaranya mulai 1 Mac negara telah meminda Akta Insovensi 1967 dengan membuka peluang kedua kepada rakyat negara yang telah diisyttiharkan bankrap.
Ini merangkumi individu yang telah menerima pengisytiharan muflis lepasi tempoh 5 tahun, diikuti oleh kumpulan muflis yang miliki jumlah hutang atau baki tidak lebihi RM50,000.
Tidak hanya itu pada 2020 MdI turut telah meminda akta dengan menetapkan nilai had minimum keberhutangan individu kepada RM100,000. Langkah ini secara langsung menurunkan lagi peratusan bankrap yang didaftar bersama MdI dalam kalangan orang muda.
Oleh itu, untuk perkasakan lagi penurunan jumlah muflis kalangan belia ini dilihat pendedahan berterusan berhubung tahap kesedaran kewangan harus diperkasakan. Setakat ini bersama Bank Negara inisiatif pengenalan Prinsip Layanan Adil kepada Pengguna Kewangan dan Amalan Pembiayaan yang Bertanggungjawab telah dilaksanakan. Aturan ini menjadi antara usaha bertujuan membantu orang awam meraih bantuan untuk atasi isu keberhutangan yang serius.
Selain itu, institusi kewangan turut diberi peringatan untuk membantu para peminjam yang terkesan melalui sesi rundingan. Tindakan pertimbangan wajar diperhatikan akan membantu pengguna meningkatkan semula tahap kesejahteraan aliran tunai mereka secara berperingkat.