Artikel

ASB, ASB 2, ASM Kini Tarik Tambahan RM3.5 Bilion – Setelah Had Pelaburan Dinaikkan

Dalam tempoh 3 bulan dana Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) dan Amanah Saham Malaysia (ASM) didapati telah berjaya menarik pelaburan baharu berjumlah RM3.5 bilion, hasil daripada tindakan PNB meningkatkan had pelaburan dana pada 1 April lalu untuk ASB dan ASB 2 kepada RM300,000 , diikuti pada 1 Mei bagi ASM dinaikkan RM5 bilion.

Menurut Permodalan Nasional Bhd (PNB) jumlah pelaburan ini merangkumi sekitar 96,000 pemegang unit dengan 30% daripadanya adalah pemegang unit Bumiputera – di mana langkah meningkatkan pelaburan telah menyaksikan penyertaan yang lebih besar belaku dalam kalangan Bumiputera dan rakyat negara.

Rentetan aliran positif ini, PNB menjangka jumlah tersebut akan terus meningkat mencapai sehingga RM5 bilion menjelang akhir 2023 kelak.

Selain peningkatan itu, PNB turut memaklumkan berlakunya peningkatan bilangan akaun baharu di seluruh negara bagi tahun 2022. Apabila sebanyak 15.2 juta akaun telah diraih dengan penambahan sebanyak 400,000 akaun. Adanya lonjakan tersebut sekaligus merancakkan lagi aliran pelaburan di Malaysia.