Artikel

MOF : Malaysia Rugi RM2.6 Bilion, Kesan Kes Penipuan Atas Talian Dari 2019 Ke Mei 2023

Pada sidang Dewan Negara hari ini, Kementerian Kewangan (MOF) menjelaskan data setaakt 2019 sehingga Mei 2023 didapati penduduk negara menanggung kerugian berjumlah RM2.6 bilion kesan aktiviti penipuan secara atas talian. 

Berdasarkan penjelasan itu didapati penipuan melibatkan pelaburan telah merekodkan nilai kerugian sebanyak RM984 juta bersama 10,718 kes. Diikuti kerugian pada penipun pembelian atas talian (RM365 juta), pinjaman tidak wujud (RM210 juta) serta penipuan melibatkan pembelian telefon (RM637 juta). 

Mengikut tindakan lanjut, daripada 81,692 kes – sebanyak 43,959 telah laksana langkah penangkapan dan sebanyak 30,065 pertuduhan jenayah telah dibawa ke mahkamah. Melihat pada situasi ini, MOF memaklumkan akan terus pergiatkan inisiatif kesedaran kewangan bersama masyarakat awamuntuk membanteras jenayah tersebut dari semasa ke semasa.