Artikel

Khazanah Bakal Sedia Platform Pelaburan Hijau – Pacu Kelestarian Ekonomi Malaysia

Khazanah Nasional kelak akan mewujudkan platform pelaburan hijau bagi menarik kemasukan pelaburan secara langsung dari dalam dan luar Malaysia.

Menurut perkongsian Perdana Menteri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan (MOF) pada minggu, langkah inisiatif perkasakan pelaburan kelesatarian ini akan membantu pasaran tenaga negara menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan. Langkah ini sekaligus akan memacu produktiviti persaingan negara.

Selain pelaksanaan tersebut, pentadbiran bersama Khazanah turut akan meneliti kepentingan berhubung peralihan tenaga bagi menjamin kelestarian ekonomi negara.

Ketika ini, tumpuan utama adalah mengukuhkan ekosistem ekonomi domestik tidak hanya melibatkan pemerkasaan bersama syarikat startup tetapi turut meliputi keseluruhan ekosistem perniagaan di Malaysia yang memerlukan modal bagi memacu pertumbuhan pasaran.