Kesan penyusutan dan ketidakstabilan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dilihat secara langsung berpotensi memberi impak tersendiri pada pelarasan harga ubat-ubatan di pasaran negara. Dijangka mampu alami peningkatan harga sehingga 5%.
Mengikut makluman Utusan, Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) memaklumkan langkah perolehan ubat-ubatan negara bagi sektor kesihatan swasta dan awam dilihat membelanjakan sekitar RM4.5 bilion hingga RM5 bilion setahun untuk tindakan mengimport bekalan ubat-ubatan. Dan kebanyakan urus-niaga bekalan tersebut dilaksana secara dolar AS.
Selain kesan itu, ketidakseimbangan perdagangan Rusai dan Ukraine bersama tiada pengenaan cukai dilaksanakan pada harga ubat di pasaran juga turut mendorong peningkatan harga.
Ini turut dibebani dengan peningkatan kos operasi semasa melibatkan peroelhan bahan tambahan pada penghasilan ubatan yang diperhatikan turut tingkatkan kos logistik seperti segmen penghantaran.
Setakat ini, berdasarkan data Indeks Harga Pengguna (IHP) di pasaran Malaysia – didapati purata harga ubat seperti ubat batuk 60ml telah alami sedikit peningkatan daripada RM6.74 (April) kepada RM6.75 bagi Mei 2023. Sementara 12 biji pil paracetamol pula kekal di paras RM5.16. Bagaimanapun penetapan harga ubatan ini berbeza mengikut negeri. Ini susulan perbezaan peruntukan kos operasi pada pembekalan ubatan.