Pentadbiran negara kini memaklumkan bersetuju untuk menampung kos subsidi elektrik sebanyak RM5.2 bilion susulan tindakan pada pelarasan tarif elektrik di bawah pendekatan Imbalance Cost Pass Through (ICPT) di Semenanjung bagi tempoh 1 Julai sehingga 31 Disember ini.
Pada sidang itu, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menjelaskan sekitar 99% pengguna domestik dan bukan domestik voltan rendah tidak akan terjejas dengan pelarasan tarif elektrik baharu tersebut. Dianggarkan hanya 1% atau 83,000 pengguna domestik sahaja yang akan terkesan – berpotensi alami kenaikan bil elektrik bulanan sebanyak 25% (RM187).
Sementara pengguna domestik dengan elektrik bulanan 1,500 kWj dan ke bawah pula tidak akan alami kenaikan tarif elektrik.
Selain itu, turut diperjelaskan pengguna bukan domestik voltan tinggi (HV) dan sederhana (MV) serta kategori baharu utiliti air dan pembentungan pula akan nikmati penurunan susulan harga bahan api sedikit menurun dari $224 per metrik tan kepada $173.50 per metrik tan.
Bagaimanapun purata harga arang batu masih lagi tinggi lebihi unjuran kos bahan api yang ditetapkan $79 per tan metrik.
Diikuti pengguna bukan domestik kategori tarif voltan rendah (tarif B dan D), tarif pertanian spesifik (tarif H, H1 dan H2) pula tidak akan alami kenaikan tarif elektrik di mana surcaj ICPT pada kadar 3.7 sen/kWj dikekalkan.