Dalam usaha merancakkan lagi perkembangan membeli-beli kalangan para pengguna, BloomThis kini melancarkan pembukaan kedai fizikal baharu mereka di Pejabat Urusan Petaling Jaya.
Langkah ini adalah bertepatan dengan situasi ekonomi semasa, susulan setelah fasa COVID-19 BloomThis melihat tingkah laku pengguna negara mulai berubah. Di mana kebanyakkan pengguna kini memilih untuk berbelanja secara fizikal berbanding secara atas talian.
Maka tindakan meningkatkan perkembangan pelaburan pada cawangan fizikal ini secara langsung akan mengukuhkan lagi kehadiran syarikat mereka di pasaran negara.
Tidak hanya itu usaha ini turut dilihat dapat mempelbagaikan saluran pengedaran mereka dalam industri bunga melibatkan kumpulan pembekal dalam pelbagai sektor.
Pada perancangan hadapan, BloomThis menyasarkan adanya sokongan cawangan fizikal ini, ia berpotensi meraih lonjakan jualan sekitar dua kali ganda serta dapat meluaskan lagi kapasiti permintaan mereka dari semasa ke semasa.