Indeks Harga Pengguna (IHP) yang bertindak menjadi pengukur kepada paras inflasi utama Malaysia kini menunjukkan prestasi inflasi negara bagi Mei 2023 mulai mereda kepada 2.8%.
Mengikut data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini, paras tersebut telah menurun dibandingkan dengan April 2023 sekitar 3.3%. Bagaimanapun paras inflasi negara kekal didorong oleh kenaikan bagi komponen makana di rumah juga masih memperlihatkan peningkatan dengan subkumpulan Daging (7.8%) Susu, keju & telur (6.5%) Beras, roti & bijirin lain (6.0%) dan Gula, jem, madu, coklat & manisan (3.7%). Buah-buahan meningkat sebanyak 3.6% dan Ikan & makanan laut meningkat 2.7%.
Selain itu, kenaikan inflasi di Malaysia pada Mei 2023 turut didorong oleh peningkatan bagi kumpulan Pelbagai Barangan & Perkhidmatan (2.9%) Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan Isi Rumah (2.7%) Kesihatan (1.9%) dan Pendidikan (1.9%). Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain dan Perkhidmatan Rekreasi & Kebudayaan pula masing-masing meningkat 1.8 peratus. Ini dikuti oleh, Minuman Alkohol & Tembakau (0.7%) dan Pakaian & Kasut (0.4%).
Sebagai perincian, inflasi keseluruhan secara bulanan pada Mei 2023 meningkat kepada 0.2% berbanding April 2023 (0.1%). Ini disumbangkan terutamanya oleh Restoran & Hotel (0.6%), Makanan & Minuman Bukan Alkohol (0.5%) dan Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain (0.5%). Sementara itu, inflasi teras meningkat lebih perlahan kepada 3.5 peratus (April 2023: 3.6%).
Selanjutnya perbandingan antara negara-negara lain pula memperlihatkan, Malaysia mencatatkan kadar inflasi yang lebih rendah berbanding Zon Euro (6.1%), Filipina (6.1%), Amerika Syarikat (4.0%), Indonesia (4.0%) dan Republik Korea (3.3%).
