Kesan kenaikan kos semasa meliputi bahan mentah, elektrik tenaga kerja dan penyusutan nilai ringgit – dimaklumkan harga beras akan meningkat, sekurangnya-kurangnya naik RM1 hingga RM2 bagi jualan runcit beras 10kg.
Mengikut makluman pada laporan Mydin ini, pelarasan tersebut telah mendapat pemberitahuan oleh para pembekal. Di mana penjualan beras putih tempatan telah dinaikkan daripada RM12.50 kepada RM12.80 bagi setiap 5kg kepada peruncit. Tindakan itu secara jelas mengurangkan keuntungan peruncit negara disebabkan tiada pertambahan harga jualan semasa ke atas pengguna.
Namun pihak peruncit memahami, situasi ini turut dibebankan lagi dengan kesan perubahan cuaca semasa yang menjadi lebih panas – mengakibatkan proses penuaian musim lalu telah terjejas. Maka berdasarkan tekanan di luar kawalan tersebut, kumpulan peruncit menyasarkan aliran bekalan hanya akan kembali stabil menjelang September kelak.
Apa yang lebih membimbangkan, peningkatan harga di peringkat bekalan secara langsung ini akan memberi kesan kepada kenaikan harga di jualan makanan siap. Menurut Persatuan Pemilik Restoran India Malaysia (Primas) tindakan itu berpotensi berlaku, sekiranya tekanan harga mentah tersebut terus meningkat.