Artikel

GOinvest Tambah 8 Dana Pelaburan Baharu

GOinvest terus merancakkan lagi segmen pelaburannya, apabila memperkenalkan 8 dana unit amanah baharu dengan kerjasama Principal Asset Management pada aplikasi Touch ‘n Go eWallet. 

Pertambahan 8 dana unit amanah baharu ini, melibatkan dana konvensional dan patuh Syariah. Di mana ia melibatkan tempoh pelaburan jangka pertengahan dan jangka panjang bagi pulangan sehingga 12.35% berdasarkan prestasi pulangan tahunan 3 tahun sehingga 31 Mac lalu.

Melalui pengenalan itu, pengguna TNG eWallet kini boleh melabur dalam unit amanah dari serendah RM10 tanpa sebarang jumlah terhad. Apa yang menarik pengguna turut boleh sediakan pelan simpanan biasa menerusi Auto Cash-In untuk tujuan melabur jumlah tetap pada setiap bulan. 

Langkah ini sekaligus dapat mengurangkan purata risiko untuk pulangan yang stabil. Ini perincian tambahan dana unit amanah ; 

  • Risiko Konservatif – Principal Islamic Global Selection Moderate Conservative Fund (Class D)
  • Risiko Sederhana – Principal Islamic Lifetime Enhanced Sukuk fund (Class D), Principal Islamic Global Selection Moderate Fund (Class D)
  • Risiko Agresif – Principal Asia Pasific Dynamic Mixed Asset Fund (Class D), Principal Islamic Global Selection Aggresive Fund (Class D), Principal Global Titans Fund (Class D), Principal Asia Pacific Dynamic Income fund (Class D) dan Principal DALI Global Equity Fund (Class D)

TNG Digital dan Principal melihat melalui pertambahan sedimikian ini akan membantu penduduk negara untuk miliki pelbagai ruang menyediakan jaminan kewangan dari semasa ke semasa.