Bagi memastikan semua pihak turut dapat menikmati pelindungan diri yang sama, Pakej Rahmah Insurans dan Pakej Rahmah Takaful serendah RM5 sebulan atau RM36 setahun (termasuk cukai jualan) kini mula tersedia untuk semua rakyat Malaysia.
Pelan ini menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) layak dimohon oleh seluruh rakyat Malaysia yang berusia antara 16 tahun hingga 65 tahun dan turut boleh diperbaharui sehingga usia 70 tahun.
Di bawah penawaran Etiqa General Insurance Bhd dan Etiqa General Takaful Bhd pengguna akan meraih pampasan bernilai sehingga RM80,000 melibatkan kecacatan kekal kesan kemalangan atau penyakit, serta kematian akibat dari kemalangan.
Selain Etiqa, Allianz General Insurance Malaysia turut menawarkan pakej melibatkan pelindungan kemalangan peribadi sehingga RM50,000 bersama premium tahunan pada kadar RM53 dan RM79.50 termasuk cukai jualan – sekiranya pengguna dimasukkan ke hospital kerajaan akibat sakit atau kemalangan.
Pada langganan polisi ini, terdapat dua manfaat bakal diraih iaitu pembayaran balik perbelanjaan perubatan dan bayaran bantuan kecemasan. Allianz turut menawarkan pelan pelindungan melibatkan penunggang motosikal sekiranya berdepan kemalangan sehingga RM10,000.
Melalui pengenalan polisi kedua syarikat sedemikian, ia tidak sekadar meringankan bebanan orang awam khususnya B40 tetapi turut memberi kelebihan kepada pekerja ekonomi gig.
Susulan itu, untuk penyertaan lanjut – orang ramai boleh merujuk pada portal Etiqa dan Allianz bagi tindakan seterusnya.