Artikel

ECRL Kelantan Dijangka Siap Jun 2026

Hasil produktiviti yang konsisten pada kemajuan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kelantan – Jabatan Kerja Raya (JKR) menjangkakan pembangunan tersebut dapat diselesaikan dalam tempoh 6 bulan lebih awal. 

Iaitu dijangka siap pada Jun 2026, berbanding jadual asal Januari 2027. 

Setakat tahap kemajuan projek ECRL Kelantan di bawah China Communications Sdn Bhd dan Malaysia Rail Link (MRL) telah mencapai 61.97%. Usaha kemajuan tersebut dimaklumkan turut disokong penggunaan teknologi baharu pada proses pembinaan. 

Secara menyeluruh, untuk ECRL di Kelantan sahaja memperincikan terdapat jajaran sepanjang 43.86 kilometer. Selain Kelantan, negeri yang turut terlibat pada projek ECRL ini adalah Terengganu, Pahang dan Selangor. Di mana keseluruhan negari akan melibatkan jarak jajaran 665 km dengan sokongan 20 buah stesen. 

Disasarkan pembangunan ini akan memberi banyak manfaat kepada ekonomi, rakyat dan rangkaian perkhidmatan negara kelak.