Tidak lama lagi, undang-undang khas untuk tangani amalan ali baba dalam kalangan usahawan negara bakal diperkenalkan.
Menurut Kementerian Ekonomi, pihaknya akan kemukakan isu tersebut pada sidang Parlimen supaya akta sedemikian dapat digubal bersama peraturan yang lebih spesifik. Ia kerana ketika ini, isu melibatkan amalan ali baba dalam perniagaan ini hanya dapat disiasat dan didakwa mengikut Kanun Keseksaan susulan kesukaran membuktikan kesalahan tersebut dalam bentuk yang lebih spesifik dalam kategori rasuah.
Maka tidak hairanlah sekiranya amalan ali baba ini terus berleluasa, di mana pesalah bebas menyewa lesen perniagaan mereka kepada warga asing. Tindakan itu secara langsung menjejaskan ekosistem perniagaan negara.
Selanjutnya untuk menyegerakan lagi pengubalan akta tersebut, difahamkan Kementerian Ekonomi akan membawa isu ini ke sesi mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada sesi 11 Julai 2023 kelak.