Artikel

Bayaran STR Fasa 3 Bermula 26 Jun Ini – Lebih 8 Juta B40 Raih Manfaat 

Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 kini diumumkan akan disalurkan mulai 26 Jun kelak – menurut Kementerian Kewangan (MOF) disasar lebih 8 juta golongan B40 bakal meraih manfaat tersebut.

Tindakan mempercepatkan pembayaran STR Fasa 3 sebelum sambutan Aidiladha ini berbanding perancangan awal pada Julai 2023 ini bertujuan untuk meringankan bebanan kewangan rakyat negara.

Berdasarkan notis rasmi, penerima STR akan meraih antara RM100 sehingga RM1,300 berdasarkan kelayakan mengikut penetapan MOF. Secara menyeluruh, pada fasa 3 ini negara memperuntukan lebih RM2 bilion untuk kemudahan tunai golongan B40.

Mengikut perincian, pengagihan bantuan tunai itu akan dikreditkan terus kepada penerima yang memiliki akun bank mulai 26 Jun hingga 5 Julai 2023. Sementara penerima yang tiada akaun bank pula akan disalurkan secara fizikal pada 26 Jun ini.

Susulan itu, buat penerima yang berkaitan boleh menyemak status STR mulai 26 Jun ini dan bagi mereka yang ingin laksana permohonan rayuan bantuan tunai –  boleh dilakukan pada tempoh 3 hingga 31 Julai 2023 ini pada pautan STR Fasa 3.