Sepertimana yang dilaksanakan pada segelintir pemain perhotelan di Thailand, Myanmar dan Indonesia – seharusnya Malaysia juga boleh berbuat tindakan yang sama iaitu mengenakan bayaran ke atas pelancong asing dalam bentuk mata wang dolar Amerika Syarikat (AS).
Menurut Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (MAHO), tindakan itu boleh direalisasikan sekiranya semua pemain industri bersedia menyokong cadangan tersebut kepada kerajaan. Meskipun tiada sebarang pelanggaran etika dalam perundangan, kumpulan pengusaha melihat usaha ini wajar mendapat persetujuan bersama dengan sokongan kerajaan supaya tidak berdepan masalah kelak.
Di Indonesia sahaja pelancong asing akan dikenakan bayaran dalam dolar AS, lebih tinggi 20% daripada kadar tempatan. Langkah itu secara langsung telah merancakkan aliran perolehan mereka.
Adanya usul ini dengan kadar pertukaran semasa, MAHO melihat pengenaan bayaran dalam dolar AS mampu membantu industri perhotelan negara meningkatkan aliran keuntungan tatkala berdepan ketidakseimbangan ekonomi semasa.
(Sumber: FMT)