Artikel

Jabatan Audit Negara Ingin Laras Semula Sistem Pengauditan – Pacu Pengurusan Wang Awam

Jabatan Audit Negara kini dalam usaha untuk mentransformasikan dan struktur semula sistem pengauditan di Malaysia. Langkah ini sebagai tindak-balas untuk memastikan aliran pengurusan kewangan negara kekal mampan dan telus.

Ketua Audit Negara, Wan Suraya berpendapat langkah ini wajar ketengahkan berikutan peranan pengauditan ke atas penyata tahunan dan laporan prestasi agensi awam adalah tanggungjawab utama JAN.

Ia secara langsung turut akan membantu memperkasakan persepsi rakyat terhadap kepakaran, kecekapan serta keterbukaan institusi kerajaan dalam membelanjakan peruntukan wang yang telah diamanahkan. KAN melihati setiap perbelanjaan yang dilakukan sewajarnya memiliki pulangan positif kepada kehidupan rakyat Malaysia bukan alami ketirisan yang besar.

Maka dengan kerjasama pelbagai pihak, agensi serta badan awam – sistem audit negara dapat dibentuk dengan lebih baik dan pengurusan kewangan negara turut alami peningkatan pada aspek pemantauan dan penyiasatan dari semasa ke semasa.