Artikel

AEON Credit Guna AI – Sasar Kurangkan Peminjam Berisiko Tinggi Kepada 20%

Bagi memastikan kualiti aset pinjaman terus terjamin, AEON Credit Service melalui penggunaan khidmat skor kredit berasaskan teknologi kcerdasan buatan (AI) – akan bertindak mengukur dan menilai tahap kesejahteraan kewangan peminjam. Aturan ini disasar dapat mengurangkan kadar peminjam berisiko tinggi kepada sekitar 20%, berbanding 30% pada masa ini.

Tindakan itu menurut AEON Credit pada sidang AGM ke-26, tidak sekadar tertumpu untuk mengurangkan jumlah pinjaman yang tidak berbayar (NPL) tetapi turut dalam usaha membantu meningkatkan skor kredit peminjam dalam portfolio perniagaan.

Usaha itu dimaklumkan dilaksana melalui kerjasama Global AI Innovations Laboratory Co – firma Jepun yang menawarkan khidmat skor kredit berasaskan AI. Sebelum ini aturan tersebut telahpun dijalankan pada proses permohonan pinjaman motorsikal. Secara menyeluruh AEON memaklumkan pihaknya memperuntukkan sejumlah RM3 juta daripada perbelanjaan mengurus untuk merealisasikan khidmat skor kredit berasaskan AI ini.

Susulan usahasama itu, AEON menjelaskan sokongan tersebut akan membantu operasi meningkatkan produktiviti dan tidak akan memberi kesan pada jumlah tenaga kerja semasa.