Untuk merancakkan lagi arena e-dagang di Malaysia – Shopee pada tahun ini ingin memberi tumpuan memajukan para peniaga tempatan melalui sokongan akses logistik, pilihan pelbagai pembayaran dan tambah-baik pengalaman beli-belah pengguna.
Usaha itu antaranya direalisasikan pada sidang Shopee Seller Summit buat kali ke-6 hari ini, di mana sekitar 1,200 penjual telah turut serta pada sidang ini bagi mempraktikkan trend baharu pada ciri perniagaan baharu di bawah Shopee Marketplace. Selain memberi pendedahan tersebut, Shopee dilihat turut akan meningkatkan lagi kecekapan penghantaran mereka iaitu dengan meluaskan jejak penghantaran kepada pengguna. Ketika ini, untuk kawasan Lembah Klang sahaja, Shopee telah menguasai 607 poskod bagi khidmat penghantaran pantas. Maka melalui insiatif perluasan berterusan ini akan membantu platform meningkatkan lagi permintaan pengguna.
Lebih menarik, aspek yang turut meningkatkan lagi keyakinan penghantaran itu – didapati lebih 1.6 juta penjual di Shopee menyediakan tawaran penghantaran percuma buat para pengguna. Shopee melihat manfaat itu turut membantu merancakkan lagi kuasa beli pengguna di pasaran.
Selanjutnya, Shopee memberi jaminan akan meneruskan usaha mereka memajukan para penjual dengan pelbagai kemudahan platform. Sebagaimana yang dilaksana pada 2022, di mana lebih 250,000 penjual baharu telah di bantu meraih sokongan kemahiran dan pengetahuan digital. Pada aturan itu ternyata telah membuahkan hasil apabila seramai 145 penjual baharu berjaya mencatat rekod jualan melebihi RM500,000 dalam tempoh 12 bulan pertama secara atas talian.
Melalui inspirasi itu, Shopee menjangkakan lebih ramai penjual dan pengguna bakal meraih manfaat yang sama pada kerangka insiatif platform 2023, tahun ini.