Artikel

Grab Berhentikan 1,000 Pekerja – Antara Langkah Kekalkan Daya Saing

Seperti yang dimaklumkan minggu ini, Grab – penyedia teknologi yang menampilkan pelbagai kemudahan perkhidmatan di Asia Tenggara difahamkan akan memberhentikan 1,000 pekerja. 

Pemberhentian melibatkan 11% daripada jumlah tenaga kerjanya itu didorong atas faktor melaraskan perbelanjaan kos dan memastikan penyediaan perkhidmatan yang lebih berpatutan dapat direalisasikan untuk jangka masa panjang. Ini selari dengan usaha operasi untuk menyesuaikan prestasi perniagaan mengikut persekitaran pasaran semasa. 

Berdasarkan notis Anthony Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Grab pada makluman itu – bagi kumpulan petugas yang terkesan difahamkan akan menerima pembayaran separuh bulan untuk setiap penyelesaian tugas dan turut meraih ganjaran tambahan. 

Tidak hanya itu, Grab juga akan memberi sokongan peralihan pekerjaan kepada petugas yang terkesan melalui akses setahun LinkedIn Premium secara percuma bagi membantu kumpulan ini memahami langkah seterusnya pada pasaran kerjaya.

(Sumber : Reuters)