Artikel

Citilink, Syarikat Penerbangan Indonesia Kini Tersedia Di airasia Superapp 

Salah satu syarikat penerbangan tambang rendah utama di Indonesia, Citilink kini diumumkan tersedia pada airasia Superapp untuk memudahkan tempahan tiket penerbangan buat para pengguna antarabangsa.

Pembabitan Citilink Indonesia ke platform OTA airasia Super App ini dijangka tidak hanya merancakkan lagi aliran permintaan penerbangan antara Malaysia dan Indonesia malah turut mengukuhkan lagi kedudukan airasia Superapp selaku agensi pelancongan pada rantau ini.

Melalui perkongsian ini difahamkan Citilink akan membuka laluan baharu di mana menghubungkan Medan-KL, Jakarta-KL dan Medan-Pulau Pinang. Dimaklumkan usaha ini akan dilancarkan bermula 16 Jun bersama sokongan pesawat Airbus A320.

Berhubung penglibatan Citilink, untuk makluman pembaca ketika ini Citilink memiliki rangkaian 250 penerbangan harian di seluruh Indonesia melibatkan laluan dari Medan, Pontianak, Bali, Manado, ke Jayapura. Termasuklah laluan antarabangsa ke Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Singapura.

Maka pada perkongsian tersebut, airasia Superapp dan Citilink kini menawarkan diskaun eksklusif sehingga 20% buat para pengguna sehingga 25 Jun ini – untuk tempahan tiket penerbangan bagi tempoh perjalanan antara 19 Jun hingga 31 Disember.

Sebarang maklumat lanjut, semua pengguna boleh layari laman rasmi AirAsia atau muat-turun aplikasi airasia Superapp untuk tindakan seterusnya.