Artikel

Grab Rancang Laksana Pemberhentian Pekerja – Dijangka Umum Seawal Minggu Ini

Grab, penyedia teknologi yang mengetengahkan pelbagai kemudahan perkhidmatan kepada pengguna merangkumi arena pesanan makanan, penghantaran dan pengangkutan – kini dimaklumkan merancang laksana pemberhentian pekerja secara besar-besaran pada pasaran Asia Tenggara sejak siri pemberhentian ketika pandemik COVID-19.

Mengikut makluman tindakan itu dijadualkan akan diumum seawal minggu ini.

Tindakan ini didorong hasil peningkatan persaingan yang berlaku pada segmen khidmat pengangkutan dan penghantaran makana di seluruh pasaran. 

Berdasarkan pengamatan awal, dijangka jumlah pemberhentian pekerja itu akan lepasi angka pemberhentian yang sebelum ini dilaksanakan pada 2020 – iaitu sekitar 5% petugas Grab terkesan hasil tindakan tersebut. 

Bagaimanapun setakat ini, tiada sebarang maklum-balas diraih pada pengurusan Grab berhubung persiapan rancangan tersebut.

Sumber : Bloomberg