Artikel

OPR Mungkin Lebih Tinggi Sekiranya Tambat Ringgit – MOF

Malaysia ketika ini kekal dengan pendekatan untuk tidak menambat ringgit dalam usaha untuk menangani penyusutan nilainya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) – susulan aturan tersebut sekadar memberi kesan kepada rakyat negara. 

Ini kerana langkah menambat Ringgit berpotensi menyebabkan Malaysia hilang kemampuan untuk melaksanakan dasar monetari dan mendesak Bank Negara Malaysia (BNM) melaras naik Kadar Dasar Semalaman (OPR) ke ambang yang lebih tinggi, sama seperti AS sekitar 5.00%-5.25%. 

Makluman Kementerian Kewangan (MOF) pada sidang Dewan Negara hari ini, menjelaskan sedangkan paras OPR ketika ini di tahap 3.00% sudah memperlihatkan pelbagai maklum-balas yang kurang menggalakkan. Apatah lagi untuk bertindak menaikkanya ke paras yang lebih tinggi. Tindakan itu wajar dihindari demi kebaikan semua pihak.

Selain itu, kesan negatif yang turut didapati berpotensi berlaku, kawalan aliran modal negara tidak akan bebas. Ia bermakna aliran keluar masuk pelaburan asing ke Malaysia akan dikawal. 

Situasi itu secara langsung menjejaskan sentimen keyakinan pelabur dan daya saing di pasaran negara. Maka adalah relevan untuk kerajaan tidak menambat ringgit pada masa ini.

Buat pengetahuan umum, ketika ini sebahagian besar kejatuhan kadar pertukaran ringgit semasa didorong hasil pengukuhan dolar AS di pasaran.