Malaysia kini kembali duduki tempat ke-27 daripada 64 buah negara pada senarai ekonomi negara paling kompetitif di dunia melalui tinjauan IMD 2023.

Untuk makluman, sebelum ini pada tahun 2022 Malaysia duduki tangga ke-32 – ini menunjukkan berlakunya peningkatan 5 anak tangga. Perkara ini menurut dapatan IMD 2023 didorong oleh peningkatan dalam semua aspek tinjauan dengan Prestasi Ekonomi meningkat kepada kedudukan ke-7, diikuti Kecekapan Kerajaan (29), Kecekapan Perniagaan (32) dan aliran Infrastruktur (35).
Lebih terperinci, prestasi ini dicetuskan oleh pelarasan tekanan harga di pasaran negara, perubahan dasar cukai dan pemacuan infrastruktur asas di Malaysia turut membawa kepada prestasi yang lebih baik.
Adanya peningkatan yang membrangsangkan pada aliran ekonomi negara ini, ia dilihat berpotensi membantu Malaysia memperincikan lagi keperluan negara dalam meningkatkan produktiviti dari semasa ke semasa dalam persaingan pasaran.
Setakat ini didapati antara cabaran yang didepani adalah membangunkan bakat tenaga kerja pada industri, usaha mengutamakan pendigitalan dalam sektor, pembaharuan kawal selia perniagaan di peringkat nasionnal dan memastikan peralihan pembangunan mampan dapat dicapai.
Selain Malaysia, Singapura terus mengungguli carta dengan duduki tangga ke -4 meskipun menurun berbanding tahun lalu, sementara Thailand (30), Indonesia (34) dan Filipina (52).