Walaupun sebelum ini, teguran pernah dilaksanakan namun masih terdapat segelintir peruncit di Lembah Klang kekal mempamerkan dan menjual produk yang dilabel sebagai ‘Tiada Minyak Sawit’ (NPO) pada jualan mereka. Tindakan ini untuk makluman membolehkan pasar raya dan kedai runcit terlibat berdepan denda sebanyak RM250,000 dan penjara tidak lebih 5 tahun di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (Akta 730).
Aturan itu menurut Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) adalah petunjuk kepada mendiskriminasi atau memboikot produk minyak sawit negara. Malah turut ditegaskan penggunaan label sedemikian adalah dilarang di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 Akta Makanan 1983, Peraturan 18.
Langkah anti-minyak sawit ini secara langsung bakan menjejaskan pemahaman pasaran makanan di Malaysia dan sekaligus turut memberi impak terhadap perkembangan industri negara dalam pasaran.
Setakat ini mengikut tinjauan MPOC terdapat 80 cawangan di Klang pada kawasan berstatus elit didapati peruncit menjual produk dilabel ‘Tiada Minyak Sawit’. Diharpkan melalui peringatan ini, setiap peruncit mengambil berat akan kesan disebalik perundangan perdagangan negara.