Artikel

Rakyat Malaysia Rugi RM45 Juta – Kesan Aktiviti Penipuan Menerusi Telegram

Berdasarkan tempoh masa Januari 2020 sehingga Mei 2023, didapati rakyat Malaysia menanggung kerugian mencecah RM45 juta, kesan pelbagai aktiviti penipuan pada platform Telegram. 

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada makluman rasmi hari ini, kesan daripada kerugian ini pihak negara bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini berjaya meraih kerjasama dengan pihak Telegram untuk membanteras kegiatan penipuan tersebut. 

Hasil usaha lanjutan, Telegram kini menyatakan ketersediaan mereka untuk mengatur langkah bersama membendung jenayah peniipuan di aplikasi tersebut. Antara aktiviti penipuan yang membawa kepada nilai besar itu adalah pelaburan palsu, jenayah atas talian, serta pedofilia dan pornografi. 

Adanya komitmen ini, ia akan membantu negara melandaikan isu penipuan kewangan dan sekaligus memperkasakan hak pengguna pada medium mediia sosial.