Isu pelajar praktikal atau yang melalui proses latihan industri tanpa manfaat elaun, bukanlah suatu isu baharu yang dibangkitkan negara pada ketika ini. Namun kesan tekanan kos semasa dilihat, wajar untuk para majikan mempertimbangkan penawaran tersebut bagi meringankan bebanan para pelajar.
Menyedari kepentingan itu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berpendapat seharusnya para majikan meletakkan peruntukan untuk para pelajar praktikal. Ini kerana kos makanan dan pengangkutan harian harus diambilkira demi kebajikan kumpulan tersebut.
Bagaimanapun kerajaan memaklumkan setakat ini pihaknya tidak menetapkan sebarang kaedah khusus berhubung tindakan mewajibkan pembayaran elaun ke atas para pelajar praktikal dilaksanakan. Ia kerana memandangkan program latihan industri ini bukanlah bersifat paksaan ke atas para majikan yang terlibat. Maka segala pertimbangan diserahkan kepada majikan untuk menetapkan amaun yang wajar bagi kumpulan pelajar praktikal ini.
PM Anwar pada makluman di sidang Program Graduan Pasaran Modal Suruhanjaya Sekuriti (SC) turut memperincikan walaupun program latihan industri bukan merangkumi skop pekerjaan tetap, namun pertimbangan para majikan dalam isu ini akan memberi pendedahan awal yang baik buat pelajar di negara akan manfaat sebenar disebalik pasaran pekerjaan negara.