Artikel

Kadar Duti Setem Dagangan Saham Dikurangkan Kepada 0.10%, Pacu Persaingan Pasaran – PM Anwar

Bermula Julai ini, kadar duti setem bagi saham yang didagangkan di Bursa Malaysia akan dikurangkan daripada 0.15% semasa kepada 0.10% daripada nilai kontrak.

Makluman ini telah dikongsikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada sidang pelancaran program graduan pasaran modal Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini. Di mana pengurangan kos dagangan tersebut bertujuan mengurangkan kos urus niaga sekuriti bagi mewujudkan pasaran saha negara yang lebih kompetatif.

Ia sekaligus turut membantu Malaysia, merangsang pasaran dan meningkatkan mudah tunai bagi menarik lebih banyak dana domestik dan dana asing dalam arena pasaran saham negara.

Malah usaha dijangka dapat menggalakkan warga PKS untuk meneruskan tawaran awam permulaan (IPO) dan memudahkan syarikat senaraian akan mengumpul dana bagi mengembangkan perniagaan mereka dan membentuk lebih banyak peluang di pasaran pekerjaan.

Selain usaha itu, dimaklumkan SC dan Bursa turut akan laksana pembaharuan dengan meningkatkan kecekapan serta memcepatkan proses IPO bagi memastikan aliran pasaran kekal berdaya saing dan terus miliki daya tarikan.