Artikel

Jumlah Kekosongan Pekerjaan Meningkat – Kepada 211,509 Bagi Suku Pertama 2023

Penawaran peluang pekerjaan di pasaran buruh negara secara atas talian kelihatannya memaparkan peningkatan, apabila bagi prestasi 3 bulan pertama 2023 menunjukkan sejumlah 211,509 kekosongan pekerjaan kini tersedia di bawah 55,006 buah syarikat.

Tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melalui laporan Pasaran Pekerjaan Semasa menunjukkan peningkatan ini didorong berikutan terdapat beberapa bidang kemahiran memerlukan pertambahan sokongan pekerja. Ianya merangkumi Profesional (87,494), Juruteknik dan Profesional Bersekutu (37,066) dan Pekerja Perkhidmatan dan Jualan (21,576).

Manakala penawaran pekerjaan pada bidang lain juga masih tersedia, walaupun alami sedikiit peurunan berbanding suku keempat 2022. Sementara mengikut peluang pekerjaan di peringkat wilayah dan negeri pula didapati Kuala Lumpur alami penurunan penawaran kekosongan dengan 62,727, diikuti Johor kepada 12,150. Manakala Selangor (39,990), Pulau Pinang (7,278) dan Sarawak (4,494). Secara menyeluruh 5 negeri ini menjadi negeri tertinggi menawarkan kekosongan peluang pekerjaan buat penduduk di Malaysia.

Selain itu, tinjauan turut menggariskan terdapat 5 pekerjaan diklasifikasikan permintaan tinggi pada suku pertama ini iaitu Profesional Pengiklanan dan Pemasaran, Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif, Akauntan dan Juruaudit, Profesional Bersekutu Pentadbiran serta Pembangun Perisian.