Sehingga 31 Mei lalu jumlah Wang Tidak Dituntut (WTD) negara telah mencapai sekitar RM11.5 bilion. Setakat tahun 2023 sahaja, jumlah tersebut telah alami pertambahan sebanyak RM1.3 bilion. Ia secara langsung menunjukkan berlakunya peningkatan 18% berbanding tahun 2022. Bagaimanapun kesedaran berhubung tuntutan WTD ini diperhatikan turut meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia.
Apabila setakat tempoh yang sama, permohonan tuntutan semula WTD ini telah mencapai RM3.4 bilion. Permohonan meraih semula wang tersebut telah naik sebanyak 2 kali ganda berbanding tahun 2022.
Aliran itu secara jelas memaparkan tahap kesedaran rakyat ke atas wang yang tak dituntut ini telah meningkat.
Menurut Kementerian Kewangan (MOF) pada perkongsian data di Parlimen – sementara WTD yang telah mencapai 15 tahun pula telah dipindahkan ke Akaun Hasil Disatukan di bawah Akta Wang Tak Dituntut 1965. Aturan itu bertujuan dibelanjan pada perbelanjaan operasi dan pembangunan negara berasaskan bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri selaras dengan Akta Tatacara Kewangan 1957.
Sementara sebahagian baki pula diakaunkan pada Akaun Amanah Disatukan, dilaburan dalam Simpanan Tetap selaras dengan Akta Tatacara Kewangan 1957. Hasil pelaburan itu akan diakaunkan ke Akaun Hasil Disatukan untuk tujuan sama.
Meskipun dana yang berusia 15 tahun itu telah dipindahkan, para pemohon masih boleh laksana tuntutan WTD tanpa memiliki sebarang tempoh akhir. MOF menjelaskan pemilik WTD memiliki hak mutlak untuk menuntut WTD pada bila-bila masa sahaja.
Susulan itu, buat pengguna awam yang ingin menyemak sekiranya anda memiliki WTD – boleh merujuk pada pautan Portal Jabatan Akauntan Negara Malaysia (eGumis) untuk tindakan lanjut.