Artikel

Alor Setar Jadi Lokasi Kos Sara Hidup Paling Murah Buat Warga Emas – Sekitar RM2,020

Sekiranya Lembah Klang menjadi lokasi  yang cukup tinggi anggaran kos sara hidupnya buat warga emas secara individu iaitu memerlukan sekitar RM2,520 sebulan – ini berbeza dengan Alor Setar yang dilihat tampil selaku lokasi kos sara hidup paling murah buat warga emas (individu) dengan memerlukan hanya RM2,020 sebulan sahaja. 

Data di bawah Belanjawanku ini secara langsung menunjukkan, terdapat perbezaan yang tinggi dalam pecahan kos perbelanjaan warga emas secara bulanan. Antara perbezaan kos yang ketara melibatkan kos tempat tinggal dan makanan. Di mana untuk warga emas di Lembah Klang memerlukan sekitar RM610 berbanding di Alor Setar sekitar RM530. Manakala kos tempat tinggal pula di Lembah Klang RM700 dan Alor Setar hanya sekitar RM400. 

Sementara kos lain seperti kesihatan, penjagaan diri, pengangkutan, utiliti dan perbelanjaan tidak menunjukkan perbezaan ketara. 

Lebih menarik, tidak hanya Alor Setar menjadi lokasi kos sara hidup paling murah buat warga emas – turut diikuti oleh Kelantan dengan hanya memerlukan RM2,050 sebulan dan Terengganu pula RM2,090.