Pos Malaysia hari ini memaklumkan mulai 1 Julai 2023, pihaknya akan bertindak naikkan kadar surcaj bagi perkhidmatan penghantaran Antarabangsa sebanyak 5%.
Tindakan pelarasan kadar ini didorong hasil penyusutan nilai Ringgit yang berterusan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) telah menyebabkan berlakunya peningkatan ketara dalam kos penghantaran melibatkan khidmat antarabangsa.
Situasi ini secara langsung telah memberi kesan kepada kualiti perkhidmatan Pos Malaysia. Maka diharapkan semua pengguna peka akan perubahan kadar pnghantaran antarabangsa semasa untuk terus menyokong perkhidmatan kurier.
Buat pengetahuan umum, khidmat antarabangsa ini merangkumi mel udara antarabangsa, paket kecil antarabangsa, Flexipack antarabangsa, bungkusan udara antarabangsa dan EMS.
Menerusi pengumuman itu, tidak mustahil para pengguna kelak akan melihat peningkatan surcaj pada syarikat penghantaran barang lain dalam perkhidmatan mereka.
[Pengumuman]
Pelarasan kadar bagi perkhidmatan penghantaran Antarabangsa[Announcement]
Adjustment in rates for International outbound services pic.twitter.com/8Tb6TEd2Nf— Pos Malaysia Berhad (@posmalaysia) June 16, 2023