Artikel

Jualan Bazar Ramadan & Aidilfitri 2023 Melonjak 5.9%, Jana RM2.5 Bilion

Kemeriahan sambutan Ramadan dan Aidilfitri tahun ini dilihat lebih rancak berbanding tahun sebelumnya apabila terdapat peningkatan dalam penyertaan jumlah gerai pada operasi bazar tahun 2023. Di mana telah meningkat sebanyak 26.1% kepada 77,727 gerai berbanding 61,623 gerai tahun 2022. 

Hasil pertambahan penyertaan peniaga pada operasi bazar Ramadan dan Aidilfitri tahun ini, direkodkan nilai jualan yang dijana telah melonjak 5.9% kepada RM2.5 bilion. 

Mengikut tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini, Johor menyumbang kepada 12,671 gerai bazar bersamai nilai jualan RM411 juta, diikuti Selangor dengan 12,668 buah gerai bazar bersama nilai jualan RM564.2 juta dan Sarawak dengan 5,772 gerai bazar bersama RM156 juta. 

Kerancakkan ini sekaligus turut memperlihatkan aliran perbelanjaan pengguna dalam segmen jualan telah meningkat berbanding tahun lalu sekitar RM2.4 bilion. Sementara penyertaan pekerja dalam jualan bazar turut meningkat kepada 203,667 individu (2023) berbanding 156,361 individu pada 2022.