Untuk meningkatkan kesedaran warga Malaysia berhubung pengurusan dan literasi kewangan, CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank kini bertindak perkenalkan Pembiayaan Bertempoh-i Dijamin iaitu penyelesaian pembiayaan Amanah Saham Bumiputera (ASB) bersama sokongan CTOS Digital dan Sun Life Malaysia Takaful Berhad.
Di mana melalui langganan penyelesaian itu, ia membolehkan pengguna menerima akses laporan asas MyCTOS bersama CCRIS secara percuma – yang akan bertindak memberi rumusan akan tahap kesihatan kredit pengguna dalam beberapa tempoh.
Pada penyelesaian ini pengguna turut akan ditawarkan perlindungan takaful bagi kemalangan peribadi 12 bulan secara percuma yang bernilai RM10,000. Ini turut termasuk akan faedah takaful melibatkan kematian atau hilang upaya bernilai RM5,000 diikuti tambahan pelindungan RM5,000 bagi situasi kemalangan mengakibatkan kematian.
Manfaat kemudahan ASB CIMB ini untuk makluman terbuka kepada semua warga Malaysia Bumiputera negara yang berusia 18 tahun dan ke atas melalui pelan pembiayaan antara 5 hingga 40 tahun bagi tujuan melabur dalam dana ASB. Tawaran ini untuk makluman akan tersedia mulai 15 Jun sehingga 31 Disember 2023 ini.
Susulan itu sebarang makluman lanjut, para pengguna boleh merujuk pada pautan ini bagi mengetahuan perincian berhubung penyelesaian kewangan ASB CIMB di laman rasmi perbankan.