Secara prinsipnya, Sarawak kini telah menyatakan persetujuan untuk mengambil alih operasi MASwings yang ketika ini beroperasi di Sarawak dan Sabah.
Mengikut makluman, rundingan sedang dilaksanakan bersama kerajaan persekutuan untuk menjadikan penerbangan tersebut sebagai syarikat penerbangan butik milik Sarawak.
Menurut Abang Johari, Premier Sarawak melalui sasaran itu, ini akan membantu kerajaan negeri untuk menyediakan perkhidmatan penerbangan antara wilayah di mana ia akan menyokong negeri menstabilkan harga tiket penerbangan bagi laluan Semenanjung – Borneo. Namun ketika ini operasi MASwings masih tidak tersedia laluan ke Kuala Lumpur mahupun Singapura.
Bagaimanapun, status rundingan menyeluruh kini diperhatikan mendapat perkembangan positif dan kelak akan dikemas-kini akan keputusan yang dicapai bersama semua pihak.