Sepanjang 2022, jumlah perbelanjaan melibatkan subsidi kepenggunaan direkodkan sebanyak RM66.3 bilion.
Data Kementerian Kewangan (MOF) pada sidang Parlimen ini menjelaskan jumlah tersebut merangkumi subsidi petrol, diesel dan gas cecair memasak, skim subsidi minyak masak, subsidi bil elektrik dan subsidi bil elektrik, subsidi harga ayam dan telur.
Langkah perbelanjaan besar ke atas senarai ini, bertujuan untuk lindungi pengguna darirpada kesan kenaikan harga sebenar minyak mentah di pasaran global. Ketika ini, pentadbiran masih kekalkan harga siling petrol RON95 dan diesel pada paras yang sama meskipun harga pasaran sebenar bagi kedua produk telah melebihi paras harga siling yang ditetapkan.
Setakat ini, harga minyak mentah dunia masih memaparkan aliran yang tidak stabil kesan ketidaktentuan ekonomi global. Maka kerajaan tidak berhasrat untuk turunkan had harga siling semasa ke paras yang lebih rendah.
Aturan itu bagi mengelakkan kerajaan berterusan menanggung jumlah subsidi yang lebih tinggi.
Akan tetapi untuk mengimbangi tanggunggan subsidi semasa, kerajaan memaklumkan sedang meneroka langkah untuk tambah-baik pemberian subsidi secara lebih bersasar bagi mengurangkan ketirisan. Bagaimanapun usaha itu sedang dilaksana secara berperingkat. Ini tertakluk kepada ketersediaan dana negara bagi memastikan kos sara hidup rakyat tidak terjejas.