Bagi memastikan pembiayaan kesihatan di Malaysia terus mampan dan saksama, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah kerangka Kertas Putih telah memperincikan bahawa struktur fi semasa di fasiliti penjagaan kesihatan awam akan di semak semula.
Cadangan itu difahamkan akan didasari berasaskan kemampuan membayar.
Pada penjelasan dokumen tersebut, langkah ini bertujuan untuk memastikan kesaksamaan dalam pembiayaan kesihatan melibatkan isi rumah berpendapatan rendah dapat terus dipelihara.
Setakat ini, struktur fi yang sama untuk semua lapisan dilihat telah menyumbang kepada ketidaksaksamaan besar antara bayaran yang dikenakan berbanding dengan kos penyediaan dan keupayaan untuk membayar, khususnya dalam kalangan isi rumah berpendapatan tinggi.
Maka langkah untuk menambah-baik kemampanan pembiayaan penjagaan kesihatan awam ini, kadar fi yang dikenakan di fasiliti penjagaan kesihatan awam akan dikaji semula – agar lebih sepadan dengan tahap kemampuan.
Usah gusar, KKM memberi penegasan bahawan jaringan keselamatan buat isi rumah berpendapatan rendah akan dikekalkan dan terus dipelihara.
