Di Malaysia, didapati terdapat lebih RM70 bilion harta atau aset yang masih belum diagihkan – situasi ini berlaku susulan perancangan harta dan wasiat masih tidak diberi keutamaan sesetengah pihak. Memahami pendedahan tersebut masih lagi rendah, Maybank Islamic kini melancarkan EzyWasiat – memudahkan pengguna sempurnakan wasiat mereka sepantas 30 minit dengan bayaran serendah RM600.
Melalui EzyWasiat, perkhidmatan digital baharu Maybank Islamic ini akan memperlihatkan usahasama bersama CreateWills – membolehkan pengguna merancang serta menguruskan peulisan wasiat mereka dengan lebih cekap. Selari dengan patuhan Syariah dan undang-undang faraid.
Di mana pada aturan itu, pengguna akan dibantu penasihat pengurusan kekayaan patuh Syariah yang akan menggabungkan algoritma faraid untuk mudahkan aturan penulisan wasiat dilaksanakan.
Sebarang maklumat lanjut, semua pengguna boleh layari Maybank.my/EzyWasiat atau hubungi Maybank Islamic di [email protected] untuk tindakan lanjut.