Setelah mengambilkira beberapa aspek, Baucar Perlindungan Tenang (PTV) iaitu iniasitf melibatkan sokongan sosial insurans dan takaful buat golongan B40 dimaklumkan tidak diteruskan buat masa ini.
Situasi ini berlaku susulan Bank Negara Malaysia (BNM) pada semakan semasa dapati, nilai tuntutan inisiatif tersebut dilihat lebih rendah berbanding peruntukan sosial yang disediakan negara.
Berdasarkan semakan BNM – inisiatif tersebut seharusnya memanfaatkan sekitar 8.7 juta orang penerima baucar namun mengikut penyertaan 4.9 juta penerima kumpulan pendapatan rendah, hanya 0.01% sahaja tuntutan direkodkan pada skim PTV tersebut.
Ini bermakna sekitar 490 individu sahaja yang mendapat manfaat daripada RM354 juta peruntukan insurans sosial buat kumpulan pendapatan rendah tersebut. Jumlah tuntutan terlalu sedikit ini menyebabkan ia perlu disemak semula oleh BNM.
Menurut Kementerian Kewangan (MOF) pada penjelasan di sidang Parlimen minggu ini, skim tersebut telah dilaksanakan pada tahun 2021 dan 2022 bertujuan untuk meningkatkan pelindungan insurans dan takaful bagi kumpulan B40 rentetan persekitaran pandemik COVID-19 yang melanda pada tempoh tersebut.
Baucar PTV bernilai RM75 ini diperuntukkan untuk penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang layak untuk membeli, menyertai pelan Perlindungan Tenang atau memperbaharui pelan Perlindungan Tenang sedia ada daripada syarikat insurans dan pengendali takaful berlesen.
Meskipun tidak diteruskan, pentadbiran kekal melanjutkan bantuan B40 melalui inisiatif perlindungan sosial lain seperti Program MySalam, Skim Peduli Kesihatan (PEKA B40) serta pengagihan khairat kematian bagi penerima STR bersama sokongan BSN dan LHDN.