Artikel

Troli Beli-Belah Pintar EzyCart Kini Dilancarkan – Bakal Tersedia Di Beberapa Pasar Raya Malaysia

Adanya pemacuan sokongan teknoologi pada sektor runcit negara, usaha ini dilihat tidak sekadar meningkatkan kecekapan operasi tetapi turut memudahkan pengguna dalam proses pembelian dan meningkatkan aliran perbelanjaan pada peruncitan negara.

Memahami kepentingan itu, EzyCart iaitu troli beli-belah pintar yang berasaskan kecerdasan buatan (AI) dimaklumkan akan diguna pada beberapa pasar raya besar di Malaysia – merangkumi Lotus’s, Jaya Grocer dan Redtick. 

Untuk makluman pembangunan troli pintar yang menerima peruntukan RM1 juta ini telah dibangunkan NanoMalaysia Bhd bersama penyedia penyelesaian automasi runcit iaitu Retailetics. Ia menampilkan beberapa ciri menarik antaranya imbasan kod bar, pengesahan berat barangan serta ciri pengesanan barangan bagi mengelakkan berlakunya risiko kecurian. Selain itu, sistem troli ini turut memberi panduan kepada pengguna akan pencarian produk di rak barangan pasar raya. 

Tidak hanya itu, troli pintar ini turut dilengkapi sistem dompet digital untuk memudahkan pengguna memahami senarai barangan bersama harga bagi sesi pembayaran pantas.

Bagi peringkat awal, sebanyak 10 troli beli-belah pintar akan tersedia di pasar raya Redtick Putrajaya untuk melihat maklum-balas orang awam berhubung kemudahan tersebut.