Artikel

Statistik Gaji Di Malaysia Akan Dibentang Setiap 3 Bulan – Mulai Ogos Ini

Dalam memastikan jurang pendapatan rakyat negara terus diutamakan, yang kini berada di paras 36% berbandng Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) – kerajaan Malaysia kelak akan membentangkan kerangka statistik gaji secara suku tahunan mulai Ogos ini. 

Tindakan itu akan dilaksanakan menerusi penerbitan Laporan Statistik Gaji dan Upah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada setiap suku tahun.

Makluman Kementerian Ekonomi ini menjelaskan usaha itu akan dibawa ke mesyuarat Kabinet dan selanjutnya dibentangkan pada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) kelak. 

Pihak negara melihat usaha menyelesaikan nibah pampasan gaji pekerja ini wajar diketengahkan . Ini kerana jika dibandingkan dengan negara ekonomi setara Malaysia – seharusnya paras sasaran di sekitar 38%. Maka wujudnya inisiatif ini ia akan memberi gambaran sebenar kepada para pekerja, pemain industri dan majikan akan pelarasan gaji dari semasa ke semasa. 

Mengikut perkongsian, laporan tersebut akan memperincikan bilangan individu yang bekerja bersama gaji median berlandaskan kategori pekerjaan, usia dan pencapaian pendidikan.

Adanya statistik ini, ia secara langsung menjafi penanda aras kepada para pekerja, memahami nilai pasaran pekerjaan dan seharusnya tidak memberi tekanan kepada para majikan. Ini kerana pasaran kerja negara bersifat terbuka, maka penilaian aras gaji harus bertepatan dengan apa yang ditawarkan di pasaran semasa, sewajarnya tidak lebih rendah dari paras tersebut. 

Melalui usaha ini, dijangka ia akan meningkatkan persaingan pasaran kerja negara, di samping memacu kecekapan dan produktiviti sektor ekonomi di Malaysia.