Sepertimana yang diperuntukkan dalam gagasan Belanjawan 2023, kini dimaklumkan agihan kredit e-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM200 kepada golongan muda negara bakal disalurkan sebelum minggu ketiga bulan Jun ini.
Menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada sidang sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Parlimen hari ini, peruntukan tersebut akan memanfaatkan kumpulan belia yang berusia 18 tahun sehingga 21 tahun.
Melalui bantuan e-Tunai tersebut dijangka seramai 2 juta belia bakal menerima manfaat ini dengan peruntukan agihan berjumlah RM400 juta. Bagaimanapun, setakat ini tiada perincian lanjut berhubung tarikh tepat berhubung agihan tersebut.