Menerusi gagasan program Academy in Industry (AiL) disasar sejumlah 20,000 pelajar lepasanĀ Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bakal dilatih bagi mendapatkan kemahiran mengikut permintaan pasaran. Dijangka sebanyak 200 buah syarikat dari pelbagai akan menjadi pemangkin pada perkongsian kemahiran ini.
Menurut Kementerian Ekonomi, latihan tersebut akan dilaksana selama 18 bulan dan para peserta akan meraih Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1, usai menamatkan latihan tersebut.
Pada usaha itu, pentadbiran melihat saluran ini akan memudahkan belia negara yang berhasrat memasuki sektor pekerjaan berkemahiran dengan lebih awal. Sebagai permulaan 10 syarikat rintis dimaklumkan akan terlibat dalam inisiatif kerajaan itu melalui Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bersama rakan kongsi AiL.
Sebagai perincian, antara sektor yang terlibat pada peringkat awal ini adalah perkilangan automotif, semikonduktor, makanan, aeroangkasa, dan minyak sawit.
Bagi menggalakkan usaha itu, pentadbiran sentiasa terbuka akan penyertaan mana-mana pemain industri namun syarikat berkaitan perlu mendapatkan pentauliahan dalam peningkatan kemahiran tenaga kerja (reskilling & upskilling) bagi melayakkan penawaran latihan kemahiran di pasaran.