Artikel

KLIA Dijangka Naik Taraf Mulai 2026

Bermula tahun 2026, dijangka Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bakal dinaik taraf berikutan kapasiti terminal mencapai 90%. 

Sasaran Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) ini dilihat selari dengan aturan Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) pada 2019 yang telah melantik perunding bagi membangunkan kajian Pelan Induk KLIA untuk tempoh 30 tahun hingga 2050. 

Pelan itu untuk makluman meliputi keperluan pembangunan melibatkan tampungan sehingga 140 juta penumpang setahun (mppa) diikuti keperluan kargo sehingga 2.5 juta tan setahun. 

Setakat ini difahamkan Terminal 1 KLIA akan direka bagi menampung sehingga 30 juta mppa, diikuti Terminal 2 KLIA pula 45 juta mppa. 

Selain itu, turut difahamkan kini fasiliti melibatkan pengendalian penumpang domestik dan antarabangsa di KLIA sedang dinaik-taraf. Iaitu merangkumi Track Transit System (TTS) dan Baggage Handling System (BHS) – kedua projek tersebut dijangka dapat diselesaikan pada penghujung 2025 kelak.